Salam,
Maaf buat diri ana dan kawan-kawan yang mungkin sekali-sekala menjenguk blog ana ni tapi tak diedit-edit. Bukan tiada cerita Cuma masa mengekang kesempatan ana untuk menulis. Dah masuk sem 2 tahun 2 ni dah terasalah diri ni macam dah matang (ye ke?). Ok sebenarnya ana sangat-sangat blur nak tulis apa nih… Ya Allah bagilah ilham..
Akhirnya dapat jugak ana memikirkan sesuatu untuk ditulis. Tentang berbohong. Pernah kita berbohong atau bahasa lainnya menipu atau mungkin ‘gurau’. Benda ni memang sangat susah untuk kita elak, walaupun sebenarnya tiada alasan untuk mengelak. Akan tetapi kita lebih suka untuk mengatakan ‘ala… bohong sunat…’ atau mungkin ‘ saja je… guraulah…’.
Tanpa kita sedari kita bukan sekadar dah terang lagi bersuluh membuat dosa malah mungkin menimbulkan kemarahan, rasa kecil hati atau mungkin sakit hati terhadap orang yang kita perlakukan sepert itu. Kita malah mungkin telah menyebabkan insan lain hilang kepercayaan terhadap diri kita dan lebih teruk orang itu hilang terus kepercayaan terhadap semua makhluk yang bergelar manusia.
Pada ana kepercayaan amat-amat penting dalam hubungan kita sesama makhluk mahupun Rabb. Dan hanya kerana satu pembohongan kecil yang disulami dengan gurauan dan ditabur manic-manik dosa kita telah menyebabkan hilang kepercayaan terhadap diri kita. Jujur. Selalu kita tekankan dalam berhubungan lantas adakah kita boleh mengabaikan pembohongan kecil lantas berkata kita ini jujur orangnya?
~terminate~
Wallahu’alam


